satu lagi drama bersiri yang membuatkan aku terpaku di depan tv setiap isnin-khamis...lakonan hebat Fizo Omar, Almy Nadia & Mia Sara...sebenarnya drama ni adaptasi dari karya Aleya Anesa novel Kasih Antara Kita...jalan citer dah memang bagus...pastu bile lakonan yang hebat pastilah membuatkan drama ni berjaya menarik ramai penonton setia menunggu setaiap hari...sekarang ni ramai pengarah dah mula mengambil citer novel untuk menghasilkan drama / filem...ok pe...best!!
Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda
Emelda
sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan
untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang
datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan
dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat
derita yang ditanggung oleh si kakak.
Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah
melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga
diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak
semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa
berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang
lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan
nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah
seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap
mencuba sedaya yang boleh.
Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan
karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti
sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika
gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya,
“Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun
ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan
kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang,
berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”
Update:
Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.
Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik
lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril
Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika
Dania.
Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil
teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya
Emira yang meninggal dunia akibat kanser.
Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda,
dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak
tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas
Dania daripadanya.
Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah
Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat
sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil
keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan
nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap
mencuba sedaya upaya yang boleh.
Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?
Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh
Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan
Cinta Buat Emelda.
Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda
keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3
pada Februari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis.
No comments:
Post a Comment