KELMARIN BIARKAN BERLALU...
JADIKAN SEMUANYA SEBAGAI KENANGAN..
HARI INI MULAKAN YANG BARU...
MOGA HARI ESOK AKAN TERUS BERSINAR...
HIDUP INI..
KADANGKALA PERLU MELALUI HUJAN LEBAT...
SEBELUM PELANGI YANG INDAH MENJELMA...
BERSABARLAH MENEMPUHINYA...
demam ni x boleh dibiarkan...kalau ikutkan memang semakin menjadi2...so kena makan ubat...ape ye ubatnya kalau penyakit demam yang camni? cari lah penawar sendiri...setiap penyakit ade ubatnye...ubat penyakit ni jumpa heronye..legelah...:) ...malam ni kul 10 jumpe ye...AH...
ADAM & HAWA
sebuah jalan cerita yang begitu menarik..
lebih bermakna bila dihadiahkan dari insan yang istimewa..
juga amat berharga bile penulisnya sendiri menandatanganinya..
dah drama baru untuk astro kembali lagi...tapi untuk yg sapa ade beyond je...pastu kena langgan warna lak baru leh ikut citer tu...hai macam2 astro ni kan...pandai je nak suruh org tukar & langgan itu ini...tapi pada sesape yg xde tu...boleh je download..ikut mna yg suke...
ok novel ni memang ade dalam koleksi aku...& antara yang menarik hatiku ceritanya....so bile dah kuar drama ni..so aku pun mencarilah semula novel tu...baca balik untuk ingatkan semula citernye...kebetulan heronya lak Aaron Aziz...so lagilah xcited nak tengok...
SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA
Secara
ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa,
seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika
di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan
Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan. Adam
seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada
suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh
seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka. Hawa
bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa
kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah
melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam
masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego.
SINOPSIS VERSI NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN
HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap
perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz
terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya, ijab kabul antara
mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami
isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi
jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari
nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah
berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua
itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah
lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu
Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain
pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya
lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati
Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar
dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.
Benarkah
dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah,
mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia
tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
merupakan salah satu novel yang menjadi koleksi aku karya Aleya Anesa...memang antara cerita yang berjaya bertaut di hatiku...
Sinopsis Novel Kasih Antara Kita
Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang
terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah
meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak
kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah
anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di
ambang maut.
Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun
Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan
semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan
kehidupannya seperti biasa.
Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan
kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan
Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya
Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari
bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.
Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah
berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua
ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah
menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka
setuju untuk menolongnya.
Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya
dengan perasaan berat hati Emelda terpaksa bersetuju juga. Demi Dania
dan Atiea, Emelda berkorban lagi. Walaupun dia tahu yang rahsianya pasti
akan terbongkar dengan perkahwinan itu. Tapi dia tidak berdaya untuk
menolaknya. Akhirnya dia pasrah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan
takdir.
Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap
terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang
sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang
sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.
Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas
kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan
rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai
niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.
Emelda rasa tertekan. Bila suaminya tidak pulang berminggu-minggu
lama, dia mula mencarinya. Namun, dia sering di halau oleh Aril Fatah
melalui pekerjanya. Di pejabat juga dia sering di sindir oleh Maliki
yang suatu masa dulu pernah menaruh hati kepadanya.
Di saat Aril Fatah kembali ke rumah, Emelda rasa
kosong dan terasing. Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan
tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia
tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan
kehidupannya itu.
Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan
bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali
pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda
memberitahunya yang dia adalah Emelda dan bukannya Emira yang di
sangkakannya.
Aril Fatah masih berkeras untuk tidak menerimanya. Masih mahu
menyalahikanEmelda kerana berbohong terhadapnya. Namun, begitu ada rasa
kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya
terhadap Emelda.
Aril Fatah tak pasti apa perasaannya pada Emelda. Sayangkah dia pada
isterinya itu? Namun, dia rasa cemburu bila melihat Emelda bersama
Maliki. Lantas, tanpa usul periksa dia mula menuduh Emelda berlaku
curang di belakangnya.
Dan perasaan itu makin membara apabila Emelda membawa Maliki pergi ke
kliniknya dengan alasan Maliki perlukan rawatan darinya. Aril Fatah
tidak dapat mengawal perasaannya lalu menghamburkannya pada Emelda.
Dan Emelda yang tidak mengerti dengan sikap Aril Fatah yang berubah
tiba-tiba menjadi semakin tertekan. Puas di terangkan antara dirinya
dengan Maliki tiada perhubungan apa-apa melainkan kawan biasa. Dan
nampaknya Aril Fatah tidak mahu menerima kata-katanya.
Dalam melayan kemelut perhubungannya dengan Emelda, bekas teman
wanitanya, Zalida pula masih mengharap agar dirinya kembali semula
membina impian yang runtuh di tengah jalan. Merayu agar dia kembali
kepadanya. Zalida masih menyintainya.
Manakala hubungannya dengan Emelda masih dingin. Hari-hari ada sahaja
perkara yang membuatkan Aril Fatah mengamuk. Dan sudahnya Emelda yang
menjeruk rasa.
Namun, Aril Fatah tahu, dia perlu lakukan sesuatu agar perhubungannya
dengan Emelda tidak terus retak. Dan dia akui bahawa dia yang bersalah
di atas segala kejadian yang berlaku dalam rumahtangganya. Dia harus
mengambil langkah positif untuk dirinya dan juga Emelda.
Tetapi semakin dia berusaha untuk berbaik dengan Emelda, semakin
galak pula Maliki mencabar kesabarannya. Seperti menyimbah minyak pada
api yang mula padam. Aril Fatah kalah dengan api cemburu itu. Lalu,
membiarkan emosi menguasai dirinya. Menyebabkan Emelda keletihan melayan
kerenah cemburunya itu.
Pemergian mereka ke Sabah, menjadikan hubungan mereka semakin pulih.
Walaupun tujuan Emelda ke Sabah sebenarnya atas alasan kerja tetapi
kehadiran Aril Fatah bersamanya telah membuatkan tujuannya tersasar.
Bersama Aril Fatah, Emelda rasa bahagia. Dia merasakan Aril Fatah adalah
seorang lelaki yang romantis dan penyayang.
Bahagia yang diharap berpanjangan terkulai jua akhirnya. Bila Zalida
memberitahu Emelda bahawa Aril Fatah adalah kekasihnya dulu, Emelda rasa
dirinya dibohongi. Terasa dirinya sebagai perampas hak wanita lain.
Dengan perasaan yang terguris, Emelda mendapatkan kepastian dari Aril
Fatah. Bertanya tentang perasaannya terhadap Zalida juga bertanya
dimana letak dirinya dalam hidup Aril Fatah.
Dan bersama kemarahan, Aril Fatah bertemu dengan Zalida. Mereka bertengkar. Dan Zalida mendapat kemalangan pada malam itu.
Aril Fatah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan
membina hubungan mereka semula apabila Zalida sembuh kelak. Tanpa
disedari Aril Fatah menyalahkan Emelda di atas apa yang berlaku. Marah,
benci silih berganti bila terpandang wajah Emelda.
Walaupun apa yang berlaku bukan salah Emelda, tetapi Emelda terima
lakaran takdir untuknya. Emelda masih tenang meskipun dihina suaminya
sendiri. Terasa dirinya ibarat sampah di mata Aril Fatah.
Namun, takdir Tuhan tak siapa menduga. Zalida pergi jua menyambut
panggilan Ilahi. Aril Fatah tidak dapat menerima kenyataan itu.
Dendamnya pada Emelda semakin membara.
Nazri datang meminta kembali haknya bersama Mira. Dia mengaku bahawa
Dania dan Atiea itu adalah anaknya bersama Mira. Dan Aril Fatah dengan
perasaan terkejut bersetuju menyerahkan anak-anaknya itu kepada Nazri.
Emelda kecewa. Sakit hatinya bila dituduh suaminya sebagai pembunuh.
Malah, suaminya menganggap dia sebagai perempuan kotor yang menjijikan.
Hancur perasaannya bila suaminya menghalau dia keluar dari rumah itu.
Dengan perasaan sedih, ditinggalkan rumah itu juga ditinggalkan
anak-anaknya. Dia tahu mereka bukan anaknya tapi anak Aril Fatah.
Setelah terjaga dari tidurnya, barulah Aril Fatah sedar akan
keterlanjuran perbuatannya. Namun, semua itu sudah terlambat. Emelda
sudah tiada. Dia telah ditinggalkan oleh Emelda. Dia kesal. Benar-benar
menyesal.
Emelda membawa diri ke San Francisco. Bertemu dengan adiknya, Emeriz
yang belajar di sana. Namun, ke mana saja dia pergi dia masih tidak
dapat melupakan apa yang berlaku. Kepedihan, kesakitan tetap terasa di
sanubarinya. Meskipun begitu, ada juga terselit rasa rindu di hatinya
buat lelaki yang bernama Aril Fatah itu yang pernah dan masih lagi
menjadi suaminya.
Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah.
Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa
Emelda membawa diri ke San Francisco.
Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari
darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu
pada wanita yang bernama Emelda.
Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut
haknya walaupun dia tahu kembar itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia
perlukan mereka untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah
enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara
mereka.
Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan
menyerahkan keputusan DNA Dania dan Atiea kepada Aril Fatah. Maka
terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri
berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.
Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda.
Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu
menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.
Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka,
Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian
ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga
untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.