TITIAN PERJALANAN

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 31 October 2012

BAKAR2 DAGING QURBAN

keesokannya  lak...dah x lalu nak makan nasi lagi...so kaki yang direbus semalam ...buat lak sup...dimakan bersama bihun sup...malam lak buat bakar2 kat rumah adik...makan jelah...kejenye...seronok membakar je...makannya x seberape pun...layan je pic kami...tok pun join skali...












RAYA QURBAN DI KAMPUNG

dah habis dah raya Qurban kat kampung...so balik semula menjalani urusan harian...sejarah gak raya korban kali ni...coz semua jalan jem...dah cam raya puasa lak...mungkin sebab cuti 3 hari kot...semua orang nak balik beraya kat kg...tapi Alhamdulillah mujur aku tak sangkut dalam semua tu...

tahun ni aku buat korban untuk diri aku...kebetulan mak cik aku nak buat makanya aku pun tumpang la skali...kali ni..sekor lembu kami sedare ambik semua...mak, aku, k cik, nurul, cik, am & ngah...dah 7 bahagian...murah lak bahagian tompok kami tu 1 kepala RM320.00...so sekor harga RM2,240.00...murah la berbanding yang lain harga 1 bahagian RM400.00...lembu tu disembelih di Pendang...so yang lelaki g urusan sembelihan...yang pompuan lak urusan di dapur...

disebabkan semua sedare..so mak putuskan kami masak2 & makan kat rumah aku...dari pagi dah mule proses penyediaan..sampailah daging dibawa balik...lepas jumaat dah boleh makan...menunya ialah...singgang daging, gulai daging dengan rebung, daging goreng kunyit, daging rebus cicah air asam...fuhh memang sedap x terkate...memang seronok ramai2 datang makan...tapi letih la...malam tu dah semua kelepek...apapun mak seronok dapat buat makan untuk kawan2 & sedare2..disebabkan aku tukang masak..x sempat nak bergambar...layan jelah sebahagian pic yang sempat aku snap..



















Monday 22 October 2012

SELAMAT HARI RAYA QURBAN



Jumaat ni 26 Oktober bersamaan 10 Zulhijjah semua menyambut Hari Raya Qurban...so apa lagi balik kampung la ...makan2 daging korban bersama keluarga tercinta...



QURBAN
 ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban  ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban  serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala  ibadah ini akan meningkat.
 
PENYEMBELIHAN QURBAN 

                        Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
                        
Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)
                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)
                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
                        Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM BERQURBAN
                        Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
                        Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN
  • Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
  1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
  2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
  3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."





RINDU KEMBALI LAGI



rindu kembali menyelubungi diri aku...aku rindukan emak...kampung halaman tercinta...last aku balik kampung adalah hari hari puasa lepas...pastu aku dah x balik2...esok aku balik lagi untuk menyambut raya korban...InsyaAllah tahun ni ade rezeki aku untuk buat korban...kebetulan 1 ekor lembu tu family aku 3 bahagian & 4 bahagian lagi family mak/pak menakan aku...so lepas sembelih tu...& lepas disedekahkan...bakinya dibawa balik untuk makan sedare mare je...kalau sbelum ni masak2 makan kat rumah mak cik aku...tapi kali ni mak cakap kat rumah kami lak...ok x kisah di mana2 pun ...janji berkumpul makan beramai tu yang meriahnya...bila rumah aku jadi port so lagilah senang...eii x sabarnya nak balik kampung ni...

Thursday 18 October 2012

EMPANGAN KUALA KUBU BHARU

sebenarnya ni salah satu tempat yang aku suka g...sebenarnya kat sini ramai kaki2 pancing...aku sekadar tengok2 sambail bersantai di atas jambatan sambik menghirup udara segar kat situ...sambil mencuci mata menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..memang cantik sangat view kat situ...sebuah kawasan takungan air yang luar dikelilingi hutan2 yang menghijau..memang cantik sesangat...pastu kat situ gak kita boleh dapat air mineral semulajadi yang kuar dari mataair...

dah lama gak aku x pergi situ...selalu kalau pg Freaser Hill memang akan lalu sini..& msti berhenti situ....baru2 ni aku terjah la skali lagi...memang terkejut aku...memang terlalu berubah...di bawah jambatan tu air dah kering..siap dah tumbuh rumput...pastu tanah dah merekah2....sebab ape x pasti..mungkinkah air dah kurang? kemarau? empangan dibesarkan? entahlah...tapi tiada lagi keindahan di situ...sedih la...xde lagi xtvt memancing dr atas jambatan tu...dah hilang satu lagi tempat untuk menenagkan fikiran...:(...layan jelah pic...

















NUSANTARA

ni salah satu tempat yang agak menarik & sedap masakannya...terletak di Batang Kali...kebetulan satu hari tu...teringin nak makan2...so terjah lah kat sini...tempatnya agak menarik..dengan binaan pondok2 tempat makan...suasana seolah di dalam hutan...makanannya lak ok..not badlah...so layan pic...












ANAK2 LAGI

ritu melawat anak2 kat Lumut...minggu ni anak2 kat KL lak...sebenarnya ni antara kawan2 aku yang rapat..anak2 diaorang dah cam anak2 aku gak...ritu masa kat Lumut melayan anak2 yang besar...tapi yang kat KL ni masih kecik2 lagi...seronok sesekali melayan anak2 ni...kebetulan baby lagi pun yang kat KL ni...baru 5 bulan ..si ibu lak nak pakaikan baju kurung untuk raja haji ni...so aku pun buatlah..memang cukup2 muat je...xpelah anak...pakai jelah...nenanti boleh buat lain....layan pic anak2 2 beradik ni...





MAKAN JELAH

aku kalau g KL...makan jelah...memang seronok makan beramai2 ni...berselera je...ade je nak dimasak..pas makan...tido...kena lak hujan..memang sedap la...ok untuk hari 1st...awal2 pagi dah g pasar...sebabnya nak cari ikan keli...rasa nak makan ikan keli goreng...pastu...nampak lak pucuk ubi....siput sedut...cendawan segar...aduss...memang makan x ingat la...menu aku tengahari sabtu tu...ikan keli goreng, tumis cendawan, masak lemak pucuk ubi dengan siput sedut & cili kering tumbuk, pekasam...memang x terkate sedapnya...anak2 lak memang hantu siput sedut...seperiuk la....layan sebahagian pic yang sempat disnap....





LAYAN CINEMA

hujung minggu ritu aku di KL menghabiskan mase2 bersama anak2 tercinta...seharian sabtu tu hujan..memang x boleh nak ke mana2...x plan pun sebenarnya nak kuar bila hujan2 camtu...layan tido lagi best...tapi dok x dok...tetibe adik aku lak nak bawa kanak2 ribena tu tengok wayang...citer cartoon animasi..HOTEL TRANSYLVANIA...saje nak bagi bebudak tu layan citer3D...last2 kami dapat port kat GSC PAVILLION...show 8.30pm..6.30pm dah kuar dari rumah..tapi punyelah jem...last2 dlm kul 8 baru dapat ambik tiket...oklah tu 8.30 shownya..mujur orang x ramai..

memang aku jarang ke Pavillion ni...biase la kan tempat orang2 kaya...maleh la aku...bile mula sampai keadaan ok..tapi lepas kuar dari panggung tu...sekitar 10.30pm...punyelah ramai manusia...yang bersantai melepak2 di cafe2 yang dihidangkan dengan minuman2 yang x sepatutnya di sepanjang laluan...sabar jelah...tapi memang itu kot suasana malam minggu di Pavillion ni...

apa pun kanak2 tu enjoy tengok show tu...yelah kan 3D..seolah hidup la citer tu..cartoon lak tu...xdela diaorg boring...lagipun smua segar2 lagi coz dlm perjalanan nak ke Pavillion tu semua dah tido dalam kereta dulu...ok layan gambar ye...












Thursday 11 October 2012

SAKIT KEPALA


Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache.

Migrain yang biasa ditemui adalah migrain tanpa aura tetapi terdapat juga migrain klasik bersama aura serta bentuk-bentuk migrain yang lain.

Selain dari menyebabkan kepala berdenyut- denyut, sakit kepala jenis migrain ini (migrain tanpa aura) mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam
2. Ia mempunyai dua daripada ciri-ciri di bawah iaitu:
- Melibatkan sebelah kepala
- Berdenyut-denyut (seperti yang saudari alami)
- Intensiti yang sederhana atau teruk (yang boleh mengurangkan aktiviti seharian individu terbabit)
- Menjadi lebih teruk semasa berjalan, memanjat tangga.
Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti;
- Loya atau muntah-muntah
- Fotofobia (cahaya atau sinaran menyebabkan kesakitan bertambah) atau fonofobia (bunyi akan menyebabkan kesakitan bertambah)

Epidemiologi

- Prevalen/kelaziman migrain ini boleh berbeza-beza. Dalam tempoh setahun, prevalennya adalah enam peratus bagi kaum lelaki dan 15 peratus, wanita.
- Nisbah kejadian migrain ini (perempuan:lelaki) adalah antara 2:1 dan 3:1
- Kejadian biasanya berlaku di antara usia 20-an dan 30-an.
- Selepas usia 50 tahun jarang berlaku
- Prevalen migrain dengan aura adalah lebih rendah berbanding migrain tanpa aura

Migrain dengan aura (migrain klasik)

Selain menyebabkan sakit kepala, mual serta ciri-ciri migrain tanpa aura, terdapat simptom-simptom neurologi yang tidak boleh dikaitkan dengan masalah-masalah neurologi tertentu seperti strok serta, dapat dikenalpasti berpunca daripada korteks serebrum atau pantang otak.

Aura ini melibatkan pengalaman atau simptom-simptom visual, sensori, motor, pertuturan atau bentuk-bentuk lain.

Contohnya, dalam kes migrain yang mempunyai aura visual, seseorang pesakit itu boleh melihat garisan bengkang bengkok yang bergerak ke arah tepi pemandangan.

Ini digelar sebagai fortifikasi (pembentengan) atau teichopsia.

Rawatan

Masalah pemakanan (diet) mungkin melibatkan 10 peratus daripada penghidap migrain dan termasuk makanan yang mengandungi kafeina, coklat, keju, kekacang, yogurt dan monosodium glutamate (MSG).

Pesakit migrain yang sensitif kepada makanan tersebut eloklah mengelakkannya sama sekali.

Faktor-faktor lain yang boleh mendatangkan sakit kepala ini termasuklah stres, merokok, terlebih atau tidak cukup tidur dan kelaparan.

Ubat-ubatan seperti pil perancang atau terapi penggantian hormon (HRT) boleh menyebabkan migrain menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Kebanyakan pesakit migrain tidak menunjukkan apa-apa kesan sekiranya ubat-ubatan itu diambil. Kalau berlaku, pil perancang atau HRT itu eloklah diberhentikan, tetapi kesannya (sakit kepala yang berkurangan) mungkin mengambil masa sehingga setahun lamanya.

Migrain selalunya menjadi bertambah baik dalam tempoh kehamilan.

Rawatan semasa serangan migrain

- Sesetengah pesakit akan menunjukkan respon kepada aspirin dan parasetamol sama ada dengan sendirinya atau melalui kombinasi dengan ubat-ubat tahan muntah (metochorlpramide)
- Ubat-ubatan jenis antiradang bukan steroid (NSAIDs) seperti diclofenac dan ibuprofen
- Ubatan-ubatan jenis perencat COX-2 seperti meloxicam dan etoricoxib
- Ergotamine berkesan dalam merawat migrain jenis aura yang sukar dikawal. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pengidap penyakit kardiovaskular (misalnya, sakit jantung koronari)

l Sumatriptan (agonis 5-HT1) berkesan mengawal sakit kepala dan mual dalam jangkamasa yang singkat. Ia boleh diberikan secara oral atau suntikan.

Rawatan pencegahan

Rawatan pencegahan diberikan kepada pesakit yang mengalami tiga atau lebih insiden sakit kepala yang teruk pada setiap bulan.

Contoh ubat-ubatan yang selalu digunakan untuk rawatan pencegahan ini adalah:

1. Pizotifen
2. Beta blocker
3. Amitryptilline
4. Sodium valporate

Kesemua ubat-ubatan yang disebutkan di atas mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Contohnya, Pizotifen boleh menyebabkan peningkatan dalam berat badan dan Amitryptilline boleh menyebabkan sedasi (kesan menenteramkan).

Pastikan anda diberitahu tentang kesan-kesan sampingan sebelum ubat-ubat di atas diambil.

Buat masa ini, tiada persetujuan sebulat suara dicapai berkenaan jangkamasa pengambilan rawatan pencegahan tersebut.

Walaubagaimanapun, sesetengah pihak memberikan rawatan tersebut untuk enam bulan pertama sebelum dikurangkan dosnya dan akhirnya diberhentikan.

Tuesday 9 October 2012

LUMUT AGAIN

pas kenduri kawan aku kat Sg. Manik tu...aku g lak Lumut ke rumah kawan..kebetulan dah x jauh so aku redah jelah...memang dah lama pun x g rumah Jazz ni...dalam kul 4 aku drive la slow menghala ke sana...kebetulan kawan aku tu cikgu..mengajar petang...aku pun round2 la sementara habis waktu sekolah untuk sampai ke rumahnya...

malam tu kitaorang kuar la jenjalan kat Lumut tu dengan anak2 nya...oklah...ronda2 malam2..xdelah panas...kemain lagi kanak2 tu berlari2...apapun thanks Jazz kerana menrima kehadiran K Sha...sorry kalau menyusahkan...keesokan pagi dalam kul 11 aku dah balik...so layan gambar lagi...