TITIAN PERJALANAN

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 21 May 2012

SELAMAT HARI GURU


Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”

 alamak dah terlewat la entry sal hari Guru ni..sebenarnya ianya disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun...disebabkan minggu lepas agak bz kot...makanya aku tetap gak untuk membuat entry ni sekadar mengingati Guru di seluruh dunia ni...terlalu besar jasa seorang guru...dialah pendidik...dialah yang memberi kite ilmu hingga berjaya ke tahap ini.. Terima kasih atas jasamu guru...tanpamu...siapalah kami...di sini juga aku mengambil kesempatan untuk sama2 kongsi puisi oleh Usman Awang yang begitu menarik hatiku...

 GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
 SELAMAT HARI GURU...buat bekas guru2ku...adikku yang juga seorang guru, juga untuk kengkawan ku yang menjadi guru...& semua cikgu di muka bumi ini...




No comments:

Post a Comment