TITIAN PERJALANAN

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 5 June 2012

BEIJING ITTENARY







Sebenarnya aku ikut trip ke Beijing baru2 ni...saje x nak bagitau awal2...konon suprise la...kat bawah ni adalah ittenarynya...tapi berubah mengikut tour guide kami...tapi semua tempat yang ada kat sini termasuk dalam lawatan kami...cuma trip ke Tianjin je kami skip kerana perjalanan ke sana agak membuang masa...group kami memilih untuk shopping lagi...pada aku pakej ni murah sangat..mungkin rezeki kami kot..RM1,926.00 untuk 7H6M ..naik MAS lak tu...memang berbaloi2 sangat2...


7D6N KEMBARA MUSLIM DI BEIJING

Hari 1 Beijing (MM)
Setibanya di Beijing airport, anda akan di sambut oleh wakil kami. Lawatan pertama adalah melawat Summer Palace. Summer Palace mula dibina pada zaman Maharaja Qing Qianlong pada 1751 dan dibakar pada tahun 1860 oleh tentera British Perancis. Ia telah dipulihkan pada tahun 1886. Solat Jamak di Masjid Nan Dou Ya. Salah satu masjid tertua yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Makan tengahari di restoran muslim tem-patan. Seterusnya ke Fresh Water Pearl Centre. Disini anda boleh dapatkan mutiara terbaik untuk kosmetik dan barang perhiasan. Kemudian anda dibawa melihat aksi mendebarkan di Akrobatik Show. Makan malam direstoran muslim tempatan dan terus ke hotel untuk Check in.
Hari 2 Beijing (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan anda akan di bawa membeli belah di Kedai Batu Jed & Kristal di mana anda boleh membeli pelbagai barangan seperti cincin, gelang, rantai & pelba-gai perhiasan diri & rumah dari batu jed ini.Selepas itu kita akan melawat & menaiki Tembok Besar China. Tembok ini di bina pada 475-221 Sebelum Masihi sebagai kubu pertahanan. Nikmati makanan tengahari anda di restoran muslim berhampiran Tembok Besar. Selepas itu, singgah Burning Cream Center yang menjual krim ajaib untuk mer-awat luka akibat kebakaran dan lain-lain. Kita akan singgah di masjid berdekatan untuk solat jamak. Selepas makan malam, kita akan ke Jalan Wang Fu Jing dan Pasar Malam untuk membeli pelbagai barangan cenderahati & makanan ringan yang halal dan di sediakan oleh masyarakat muslim tempatan.
Hari 3 Beijing (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dihotel, lawatan ke Forbidden City. Ia adalah istana purba yang merupakan rumah Maharaja yang telah berusia lebih 500 tahun. Anda boleh melihat dewan, mahkamah pejabat dan rumah gundik Maharaja China. Selepas itu ke Tian An Men Square. Ia adalah sebuah dataran bandar terbesar didunia. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Seterusnya anda berpeluang solat di masjid bersejarah China iaitu Masjid Niujie yang telah berusia lebih 1000 tahun. Selesai solat, singgah sebentar di Muslim Supermarket, sebuah pasaraya untuk orang islam di Beijing. Sam-bung perjalanan ke Chinese Traditional Medicine Center untuk urut kaki. Hayati dan nikmati upacara minum the di Tea House. Makan malam di restoran muslim terkenal, Xin Jiang. Balik semula ke hotel.
Hari 4 Beijing - Tianjin - Beijing(SP/ MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa perjalanan menuju ke Tianjin sejauh 130KM dengan mengambil masa sehingga 2 jam perjalanan. Tianjin kini merupakan salah satu pembuatan terkemuka di China dan pusat komersial. Lawati Food Street dan Jalan Kebudayaan, yang dibina pada Dinasti Ming.
Hari 5 Beijing (SP/ MT/MM)
Sarapan di hotel. Hari ini, kita akan melawat Stadium Olympic yang mempunyai keuni-kan seni bina umpama sarang burung & water cube. Melawat Kedai Barangan kemas—Olympic Sponsor Jewelery City. Gunakan kemahiran tawar-menawar anda di Pasar Hong Qiao, Tian Ya dan Xiu Shui. Jika anda peminat & pengumpul koleksi barangan Hard Rock, anda boleh membeli belah di kedai Hard Rock CafĂ©
Hari 6 Beijing-Shopping Tour (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dihotel, anda diberi masa sepanjang hari untuk membeli-belah di Yaxiu Market dan Hong Qiao Market. Disini anda boleh menggunakan kemahiran anda sepenuhnya untuk tawar-menawar dengan peniaga disini. Makan tengahari dan malam di restoran muslim tempatan.
Hari 7 Beijing-Kuala Lumpur (SP/ MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda diberi masa rehat sehingga masa check out. Selesai urusan check out, makan tengahari di restoran muslim tempatan. Kemudian habiskan duit Yuan yang ada di Rusian Market. Makan malam dan bertolak ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej untuk kanak-kanak :
i) Kanak –kanak dengan Katil 85 % dari harga dewasa
Ii) Kanak-kanak tanpa kati 60 % dari harga dewasa
Hotel 4 * Long Ding Hua (www.longdinghuahotel.com)
Sah sehingga 4 Jun 2012
Maklumat Penerbangan :
28 MAY KUL PEK MH 370 0025 0635
04 JUN PEK KUL MH 361 0130 0740

Pakej Termasuk :
 5 malam penginapan dan sarapan pagi di hotel (dijamin halal)
 Makan tengahari & makan malam adalah Halal di restoran muslim
 Van atau bas berhawa dingin sepanjang lawatan
 Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan
 Pemandu pelancong
Pakej Tidak termasuk :
 Insurance
 Tiket penerbagan & cukai lapangan terbang
 Visa (RM 88 untuk single entry)
 Tipping kepada Tour guide & driver-RM10/Day
 Lain-lain perbelanjaan peribadi
BAYARAN DEPOSIT RM 300
World Travel Ambassador Sdn Bhd
Maybank : 5623 6611 3165
* Jadual tertakluk kepada perubahan semasa *
GROUND PACKAGE (RM)
Harga Berdasarkan Seorang
2-5 pax
6-9 pax
10 pax ke atas
RM 958
RM 700
RM 477.00

No comments:

Post a Comment