TITIAN PERJALANAN

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 17 January 2012

BICARA HATI

Sekali lagi novel dijadikan drama dan kali ini novel Bicara Hati tulisan Damya Hanna bakal membuka tirai 2012 di saluran Astro Prima, 105, pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2012. Kisah cinta 26 episod yang meruntun jiwa ini diarahkan oleh Osman ali dan teraju utama drama bersiri ini terdiri daripada tiga orang pelakon berbakat iaitu Shanaaz Ahmad sebagai Tengku Syahran, Kris Suzanne sebagai Zahlia dan Marsha Milan Londoh sebagai Linda
 Drama Bicara Hati


nilah penulis citer asalnya - Damya Hanna

Bicara Hati mengisahkan tentang kisah cinta yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa. Kisahnya bermula ketika terjadinya satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, yang mana Tengku Syahran dan Zahlia telah ditakdirkan untuk bertemu buat pertama kali. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran kerana Zahlia tidak mengenali dan tidak mungkin akan jatuh cinta dengannya. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia berasa dirinya tertipu dan seterusnya timbul konflik dalam rumah tangga mereka. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan?

No comments:

Post a Comment