TITIAN PERJALANAN

Lilypie Angel and Memorial tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 27 January 2012

KOTA KUALA MUDA

Perut dah kenyang...ingat nak terus balik la..tapi rasa dah dekat dengan Kuala muda...tempat terlibat nya TSUNAMI 8 tahun yang lepas...26 disember 2004...satu tarikh yang tak akan dapat aku lupakan...sebabnya tarikh tu sehari selepas tragedi yang menimpa keluargaku..kalau 8 tahun lepas...kehadiran tsunami x sempat kami peduli...sebab pada tarikh yang sama adalah hari pengebumian abah & anis...berita cuma di baca dalam akbar saja...tv pun x sempat tengok...sibuk dengan urusan mak & adik hat hospital...melalut lak aku ni...


Masa aku lalu kat sepanjang jalan kuala muda ni...aku singgah sekejap tempat yang terlibat dengan tsunami ni...tinggalan rumah yang terlibat dibina pagar sebagai kenangan...replica kapal lak dibuat berhampiran kawasan tersebut sebagai tanda kenangan pernah terjadinya tsunami di kawasan tersebut di mana kapal2 yang dalam laut telah diangkat ke darat...aku pun tak pasti...iTu betul2 kapal yang terlibat @ kapal baru yang dibina sebagai tugu tu...x sempat nak tanye pun..



No comments:

Post a Comment